WANITA China yang memasuki Korea
Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi
kesukaran untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan
keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar
pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan
di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki
negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit,
membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir,
meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Perubahan secara 100 peratus pada
wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah
untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami
oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang
menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang
dilakukan.
Hasil kejayaan hospital-hospital
di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi
perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka
adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas
pulang dengan raut wajah jelita serta muda.
Berikut merupakan wajah sebelum
dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.








Sumber: mStar
Online

0 Response to "Sebabkan Buat Pembedahan Plastik Hadapi Kesukaran Di Lapangan Terbang Kerana Wajah Tidak Menyerupai Gambar Dalam Pasport."
Catat Ulasan