
PETALING JAYA - Pelakon
Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak
menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada
saat-saat akhir untuk menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat
lalu.
Bagaimanapun, Chacha atau nama
sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia sudah memaklumkan hasrat
berkenaan dan meminta maaf terlebih dahulu kepada Ezuwan.
"Bukan niat saya mahu kecewakan
dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir
dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah
tersebut.

Chacha (kanan) memilih untuk
menggayakan busana daripada
Fazil Diandra Couture pada
malam ASK 2014.
"Saya memang nak pakai tetapi
keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta
maaf atas perkara yang terjadi itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online,
di sini, Isnin.
Chacha berkata demikian ketika
diminta mengulas mengenai luahan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila
baju rekaannya tidak dipakai Chacha pada ASK 2014 yang berlangsung di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu.
Ezuwan melalui laman Instagram
miliknya berkata, pelakon tersebut tidak memberikan sebarang alasan bertindak
sedemikian dan tanpa rasa bersalah menggayakan busana pereka fesyen lain pada
malam tersebut.

Ezuwan
Ismail
Sementara itu, Chacha berkata,
dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan yang memuat naik kenyataan di laman sosial
tanpa menghubunginya terlebih dahulu.
"Saya pun terkejut dan terasa
hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya
sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai
baju itu," katanya.
Jelas Chacha, dia bernasib baik
kerana dapat mencari baju pengganti iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra
Couture pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.
Sumber:
mStarOnline
0 Response to "Alasan Chacha Maembong Kenapa Dia Tak Pakai Baju Yang Direka Ezuwan Ismail Pada ASK 2014"
Catat Ulasan