Assalamualaikum dan selamat
sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Berikut ada satu kisah pengajaran yang
diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran.
Jom kita baca kisah hanya kerana bersedekah 10 Sen.
“Adik payung ni berapa harga?”
tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak”
jawabnya.
“ok lah akak nak beli satu yang
ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah
kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku
kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
“Ambillah dik akak sedekah
sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari
kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah
hari itu.
Selepas mengambil anak, aku
bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun
dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para
pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.
Sesampai aku di hadapan gerai
makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini,
tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada
lebihan”.
Salah seorang pekerja di situ
bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang,
sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia
memberitahu
“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”,
kata ku.
Setelah bungkusan bertukar
tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
“Kak, bos saya kata tak payah
bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku
seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik
peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul,
mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar
tunai. Subhanallah… Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan
lagi?
Aku teringat pada sabda
junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan
sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan
baginya” (Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah ini umpama pelaburan
jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima
kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu;
5 kebaikan di
dunia
Menyucikan harta
Menyucikan badan
Menolak bala dan
penyakit
Mengembirakan orang miskin dan
mengembirakan orang mukmin
Diberi keberkatan keatas
hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
Manakala 5 kebaikan di Akhirat
pula ialah :
DinaungkanAllah orang yang
bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
Ringan hisabnya
Berat timbangannya (amalan)
diakhirat
Mudah melalui titian
siratul-mustaqim
Bertambah darjatnya di dalam
syurga.
Apa yang aku pelajari dari
peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak
sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu sekalian,
meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi
keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat
memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita
mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui
itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk
dua orang.
Sesungguhnya bersedekah itu indah,
ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana
Allah.
Sumber:
Fuh.my
0 Response to "Hanya Bersedekah 10 Sen.."
Catat Ulasan