Baru-baru ini pihak
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) telah membantu satu
keluarga penoreh getah yang miskin lagi daif di Rembau hasil sumbangan rakyat
Malaysia yang prihatin. Kejatuhan harga getah telah menambah lagi kesempitan
hidup keluarga ini.
Mereka tidak pun
meminta-minta untuk dibantu. Kebetulan pihak kami sedang mencari keluarga yang
daif. Anak-anak mereka bertahun-tahun belajar dalam keadaan rabun kerana tidak
mampu membeli cermin mata. Rumah mereka jauh masuk ke dalam. Mereka hanya ada
satu motosikal lama lagi uzur. Motosikal inilah digunakan sebagai satu-satunya
pengangkutan keluarga. Lima orang anak mereka dihantar bergilir-gilir
menggunakan motosikal yang uzur ini. Sekolah anak-anak mereka terletak lebih
kurang 7 kilometer dari rumah.
AJK YAMNS, Sdr Izamri Med telah membantu
untuk menghantar motosikal yang uzur ini untuk dibaiki pada kos sekitar RM300
dan menjelaskan semua hutang-hutang sekitar RM1000, termasuk yuran PIBG dan duit
rombongan sekolah anak.
Semua ini hasil sumbangan orang
ramai.
Rata-rata mereka yang miskin tidak mampu untuk memperbaharui cukai
jalan motosikal dan tidak mampu juga untuk mendapatkan lesen memandu atau
memperbaharui lesen memandu.
Pihak JPJ dan PDRM yang kenal keluarga yang
miskin dan daif seperti ini biasanya mereka tidak akan saman.
Andaikata
ada lagi keluarga miskin dan daif seperti ini sekitar Negeri Sembilan harap
maklumkan kepada kami, agar kami dapat usahakan apa yang termampu. Termasuk juga
berbincang dengan pihak JPJ dan PDRM agar hubungan masyarakat antara keluarga
miskin dengan pihak berkuasa lebih akrab.
Yang menjalankan
amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal
Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
12 Nov
2014
Sumber
0 Response to "Bantuan Baiki Motosikal Keluarga Penoreh Getah Miskin Lagi Daif"
Catat Ulasan