LUAHAN SAYU HATI ANAK SARAWAK DIANAKTIRIKAN DARI BANTUAN MANGSA BANJIR




Seorang rakyat Sarawak memuat naik luahan kekecewaannya dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap mangsa-mangsa banjir di Limbang. Bersertakan dengan gambar sebagai bukti, tidak dapat kami nak katakan benar ataupun tidak dakwaan individu terbabit.

Baca luahan hati mangsa banjir Sarawak di bawah:

Ini adalah gambar-gambar barang berupa makanan yang telah diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Lubok Lasas Limbang.

Bukan kita tak bersyukur, tapi kalau inilah makanan yang kita dapat, saya tak tahulah nak cakap macam mana. Korang sendiri boleh fikir.

Bantu rakyat semenanjung saja yang manusia kah?? Apa kita rakyat Sarawak binatang??


Tolonglah, anggota kamu sendiri yang turun pergi tengok keadaan banjir di seluruh Sarawak. Adakah patut bantuan yang kami bagi sekecil ini.

Kopi dan garam satu packet sebesar packet gula-gula RM1. Kalau ahli keluarga yang seorang dua bolehlah. Macam mana dengan ahli keluarga yang sampai 10 orang?? Adakah kamu rasa cukup dengan bantuan sekecil ini?

Rumah saya tak terkena banjir, tapi saya kasihan dengan keluarga saya yang terjejas banjir. Terpaksa tidur di luar rumah beralaskan tikar getah sehingga keadaan kembali pulih dan diganggu nyamuk sepanjang malam.

Sudah seminggu lamanya keluarga saya tidur di luar rumah. Adakah kamu tidak rasa simpati dengan apa yang telah terjadi? Fikir-fikirkanlah.. Sendiri mahu tahu..

Sumber

0 Response to "LUAHAN SAYU HATI ANAK SARAWAK DIANAKTIRIKAN DARI BANTUAN MANGSA BANJIR"

Catat Ulasan