PUNCA ABBY ABADI TEGUR ADI PUTRA 'SEDIA TERIMA ADEGAN PANAS' TERJAWAP




Baru-baru ini, Adi Putra menyatakan dia sedia menerima adegan-adegan panas seperti aksi di ranjang walaupun beliau kini sudah bergelar haji.

Adi Putra memberikan alasan kerana beliau bekerja dan pekerjaan yang dilakukannya itu adalah satu ibadah. Malah, aksi-aksi panas yang dilakonkannya itu lebih kepada menggunakan teknik kamera, bukannya dilakukan secara 'real'.


Namun, kenyataan 'berani' Adi Putra ini telah mendapat perhatian dari rakan artis, Abby Abadi yang tidak bersetuju dengannya.

Abby Abadi, menerusi laman Instagramnya menegur Adi Putra secara terbuka dan disertakan dengan hashtag #MohonJAKIMBersuara;







Sebagai seorang bekas pelakon, Abby Abadi tentunya tahu selok belok penggambaran dalam drama/filem. Bagaimanapun, bukannya mudah untuk membuat perubahan mendadak. Mungkin sudah tiba masanya, JAKIM memberikan garis panduan kepada pelakon beragama Islam agar tidak terus melakonkan adegan-adegan yang tidak bersesuaian dengan agama Islam.

Sumber

0 Response to "PUNCA ABBY ABADI TEGUR ADI PUTRA 'SEDIA TERIMA ADEGAN PANAS' TERJAWAP"

Catat Ulasan