Sindiket gores dan menang semakin melampau di negara ini apabila cuba memperdaya seorang nenek tua untuk mengeluarkan RM10,000 daripada bank.
Sinchew Daily melaporkan, warga emas itu bagaimanapun bernasib baik apabila tindakannya untuk mengeluarkan jumlah duit yang banyak pada satu-satu masa menimbulkan keraguan pekerja bank.
Keadaan itu dilaporkan berlaku di pusat bandar Seremban pada Isnin lalu selepas nenek tua itu tertipu dan ditemani seorang ulat gores dan menang untuk mengeluarkan duit daripada bank.
Walaupun ulat sindiket itu mendakwa dirinya sebagai cucu, namun gerak-gerinya menimbulkan keraguan pekerja bank yang seterusnya bersepakat menghalang nenek itu mengeluarkan duit kerana bimbang warga emas tersebut akan ditipu.
Difahamkan pekerja bank cuba meminta kad pengenalan daripada 'cucu' tersebut tetapi gadis berkenaan yang disyaki sebagai ulat sindiket gores dan menang enggan berbuat demikian.
Selepas mendapati muslihatnya terbongkar, 'cucu' tersebut segera membawa warga emas itu meninggalkan bank dengan menaiki sebuah kereta yang berhenti di depan bangunan.
Proses tersebut turut dirakamkan oleh orang awam sebelum menyebarkannya dalam Internet sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sindiket gores dan menang.
Pekerja bank turut mendapat pujian kerana bertindak bijak dan berwaspada ketika berdepan dengan ulat gores dan menang.
Sumber
0 Response to "Pekerja Bank Selamatkan Nenek Tua Daripada Sindiket Gores & Menang Di Seremban"
Catat Ulasan