Bagi mereka yang pernah melalui zaman-zaman sebagai seorang pelajar institut pengajian tinggi pasti merasai susah senang kehidupan jauh dari rumah keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di asrama yang mana kadang-kadang tiada kemudahan penyediaan makanan secara sendirian.
Menerusi inbox laman Facebook Siakapkeli, seorang bekas lepasan Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani Kedah berkongsikan pengalaman beliau ketika tinggal di asrama bersama rakan-rakan pada semesta pertama.
Kebiasaannya kita memasak dan menjamu selera maggi dalam mangkuk atau pinggan tetapi lain pula cerita saudara ini.
Kerana ketiadaan mangkuk dan gelas, dia bersama rakan-rakan bersepakat memasak maggi di dalam baldi. Lebih kurang sedozen pek maggi dimasak mereka dalam baldi dan makan bersama.
Selain itu air minuman juga dibancuh di dalam baldi dan menjadikan botol-botol minuman yang sudah tidak digunakan sebagai gelas.
Apa boleh buat, bila terdesak di situ lah timbul kreativiti. Walaupun agak menyedihkan namun tidak dapat dinafikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana kesusahan ini dialami dan dikongsikan bersama.
Sumber
0 Response to "Pengalaman Tinggal di Asrama, Masak Maggi dalam Baldi, Bancuh Air Dalam Baldi"
Catat Ulasan