ISU kontroversi melibatkan 
selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam 
industri seni.
Peliknya, meskipun dikecam 
dan dikritik senarai tersebut masih terus bertambah dan terbaharu, melibatkan 
nama pelakon popular dari era 90-an, Nor Albaniah.
Menerusi laman Instagram, 
pelakon filem Adik itu dilihat berkongsi gambarnya mengenakan bikini 
berwarna hitam, menampakkan sebahagian perutnya yang terdedah.
Bila melihat bentuk badan 
Nor Albaniah, rasanya sukar untuk percaya usianya kini sudah menjangkau 45 
tahun.
Difahamkan, Nor Albaniah 
ketika itu sedang bercuti di sebuah pulau yang terletak di pantai 
timur.
Seperti biasa, menerusi 
sebuah akaun Instagram yang sering memaparkan gosip 
artis, netizendilihat meninggalkan komen mengkritik dan menyifatkan Nor 
Albaniah sebagai “pelakon senja yang tidak sedar diri”.
Bagi kami, Nor Albaniah juga perlu peka dengan keadaan semasa dan sensitiviti 
masyarakat kita khususnya yang beragama Islam. 
– 
MYNEWSHUB.CC
Sumber


0 Response to "Gambar Seksi Pelakon Malaysia, Nor Albaniah Dikritik Berbikini Di Pantai"
Catat Ulasan