
MENYEDIHKAN.. itulah yang 
terzahir sebaik melihat nasib dua beradik ini yang terpaksa tinggal di dalam 
kandang anjing hampir sepanjang hidup mereka.
Seorang budak lelaki 
berusia 6 tahun bersama adik perempuannya yang berusia 4 tahun ini, tinggal 
bersama 50 ekor anjing di dalam kandang yang terletak di Liuhe, Nanjing, 
China.
Mereka berdua menjadikan 
makanan anjing atau sisa-sisa makanan dari pasar sebagai pengalas perut dan 
meminum air lopak serta air sungai berdekatan untuk menghilangkan 
kehausan.
Menurut media tempatan, 
kanak-kanak malang itu berasal dari wilayah Anhui. Dua beradik itu ditinggalkan 
dengan datuk mereka yang menguruskan kandang anjing secara haram di 
situ.
Akibat tiada tempat tinggal 
yang sewajarnya serta sumber pendapatan tidak lumayan, datuknya terpaksa 
mengunci mereka berdua di dalam kandang haiwan tersebut untuk faktor 
keselamatan.
Jiran yang melaporkan 
perkara itu kepada pihak bertanggungjawab telah menyelamatkan mereka berdua yang 
selama ini hidup sama seperti haiwan yang tidak bertuan.
Sebuah pertubuhan 
sukarelawan tempatan telah memutuskan untuk melakukan apa sahaja demi membantu 
keluarga itu dan kini mereka telah menjumpai keluarga angkat untuk dua beradik 
tersebut di Nanjing.
Pertubuhan itu juga berjaya 
menjual anjing yang dibela datuk mereka pada harga RM30 ribu (CNY 50,000 
Yuan). 
Sumber

0 Response to "Dua Beradik Hidup Dalam Kandang Anjing Diselamatkan"
Catat Ulasan