
WAJAH seorang lelaki di
China didakwa bertukar seperti belon selepas digigit oleh seekor ‘raja’ nyamuk
di tempat kerjanya.
Menurut laporan media
tempatan, muka lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 30, sudah membengkak selama 2
bulan sehingga dia tidak boleh membuka matanya.
Zhang yang berasal dari
Jiangsu mendakwa digigit nyamuk bersaiz 20 kali ganda daripada biasa pada 26 Mei
lalu dan dia telah mencubit bahagian digigit tersebut untuk menghilangkan
gatal.
Namun, kesannya telah
mengakibatkan bahagian mukanya mengembung seperti belon.
Dia telah pergi ke hospital
untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor tidak dapat mengubatinya. Zhang disahkan
menghidap neonatal scleroderma yang menyebabkan permukaan mukanya
mengeras dan menebal.
Walau bagaimanapun selepas
menjalani ujian darah, doktor mendapati organ dalaman serta tubuh badan lelaki
tersebut berada dalam keadaan stabil dan percaya gigitan nyamuk itu yang
menyebabkan tindak balas sedemikian berlaku.
Doktor menasihati Zhang
untuk menekap mukanya dengan benda sejuk untuk mengurangkan bengkak yang
terhasil.
Sumber
0 Response to "Digigit ‘Raja’ Nyamuk, Muka Lelaki Bengkak Macam Belon"
Catat Ulasan