
BANDUNG – Dua polis wanita
menerima pujian orang ramai selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang
meragut beg tangan seorang wanita di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika
dua anggota polis berkenaan, Ayu dan Dety meronda di satu kawasan perniagaan
popular di bandar ini.
Ketua polis daerah Cimahi,
Dedy Kusuma Bakti berkata, ketika meronda dua anggota polis itu ternampak
seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita.
Katanya, Ayu dan Dety
mengejar suspek sebelum menangkapnya.
“Ketika ditangkap suspek
cuba melawan dan memukul anggota kami. “Bagaimanapun, dua anggota kami yang
mahir dengan seni bela diri Judo itu berjaya menumpaskan suspek,”
katanya.
Menurutnya, beg tangan yang
berisi komputer tablet turut ditemui dan dipulangkan semula kepada
mangsa.
“Suspek ditahan dan akan
didakwa di mahkamah kerana mencuri,” katanya. Dua anggota polis berkenaan
menerima pujian pengguna laman sosial di Indonesia selepas berita kejayaan
mereka menangkap peragut itu disiarkan di internet.
Ramai pengguna laman sosial
bukan sahaja memuji keberanian dua anggota polis berkenaan tetapi turut memuji
wajah mereka yang cantik. – Agensi
Sumber
0 Response to "HEBAT - Polis Wanita Cantik Berjaya Tewaskan Peragut"
Catat Ulasan