SEORANG wanita yang bekerja
sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini menjadi kegilaan orang ramai
di Brazil.
Rita Mattos, 23, menjadi
sensasi internet selepas gambarnya tersebar di laman sosial dan mendapat
perhatian netizen sepanjang minggu lalu.
Kini dia bercadang untuk
menukar kerjayanya daripada tukang cuci kepada model namun mendakwa, dia tidak
suka dengan perhatian yang dimilikinya kini.
Rita berpendapat bahawa
semua orang yang ‘bersorak’ untuknya itu memilih kasih terhadap rupa paras
seorang tukang cuci.
“Masyarakat terkejut
apabila lihat wanita cantik bekerja sebagai tukang cuci. Mereka beritahu saya
boleh mendapat kerja yang lebih bagus berbanding menyapu dan
membersih.
“Tapi kenapa tukang cuci di
tepi jalan perlu kelihatan hodoh? Terdapat prejudis terhadap mereka. Saya sangat
bangga dengan apa yang saya lakukan dan walaupun sukar saya sangat seronok,”
katanya kepada media tempatan.
Tukang cuci yang memiliki
tubuh badan menawan itu kini bakal mengejar impiannya dalam bidang modelling dan
sanggup berbogel bagi memenuhi kehendak industri itu.
Walau bagaimanapun, dia
tidak akan berhenti daripada kerjanya sebagai tukang cuci kerana ia membantu
mengekalkan kelansingan tubuh badannya yang mantap itu.
Sumber
0 Response to "Tukang Cuci Jadi Kegilaan Orang Ramai Di Brazil"
Catat Ulasan