SUDAH sedia maklum
penggunaan tongkat selfie di tempat-tempat tumpuan awam seperti Disneyland,
festival keramaian, kelab malam serta di beberapa buah acara telah diharamkan
pihak berkuasa.
Walaubagaimanapun, tongkat
selfie yang dilihat kurang berguna kepada segelintir masyarakat ini telah
menyelamatkan nyawa seorang gadis daripada lemas.
Erynn Johns, 16 tahun; dan
bapanya, Derrick sedang bergembira serta ingin menerokai pantai Nantucket,
Massachusetts di Amerika Syarikat sebelum kedua-dua mereka terperangkap dalam
pusaran laut yang deras.
Erynn dilihat memegang
tongkat selfienya itu sejak awal dikatakan tidak melepaskan langsung tongkat
tersebut walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang cukup
tegang.
Dalam situasi panik itu,
seorang lelaki misteri tiba-tiba muncul sempat menarik tongkat selfie dipegang
Erynn dan menarik gadis itu ke pesisiran pantai sebelum kembali ke dalam laut
untuk menyelamatkan bapa Erynn.
Bapanya dilihat pengsan
selepas berjaya dikeluarkan daripada pusaran ganas tersebut dan situasi cemas
itu telah dirakam oleh kamera yang dipegang erat oleh Eryyn.
Sumber
0 Response to "Tongkat Selfie Selamatkan Nyawa Gadis Daripada Lemas"
Catat Ulasan