
Tallahassee: Seorang wanita
terkejut selepas doktor mengeluarkan peluru pada kakinya, lima hari selepas dia
ditembak. Heather
Charlebois yang tidak menyedari dia ditembak pergi ke hospital selepas merasa
sakit di kaki. Selepas
membuat pemeriksaan, Heather terkejut apabila doktor menemui peluru bersaiz 0.38
milimeter pada kakinya.
Heather memberitahu ketika
kejadian dia minum di sebuah kafe pada 4 Julai lalu untuk menyambut Hari
Kemerdekaan Amerika Syarikat. Katanya,
ketika berada di kafe itu, kakinya tiba-tiba sakit tetapi menyangka ia berpunca
daripada percikan bunga api.
Sebaik pulang ke rumah dia
dapati luka yang dialaminya tidak serius dan hanya berdarah
sedikit. Bagaimanapun,
selepas beberapa hari kakinya mula sakit dan dia mengambil keputusan mendapatkan
wawatan di hospital.
Sementara itu, polis
berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tembakan di
lokasi berkenaan. Polis
percaya peluru itu mungkin ditembak ke udara dari jarak jauh sebelum jatuh dan
terkena kaki Heather. - Agensi
Sumber
0 Response to "Terkejut Tahu Lima Hari Peluru Dalam Kaki"
Catat Ulasan