
SERAMAI 12 orang yang
menaiki sebuah lif yang terjatuh dari tingkat 12 di bandar Shenyang, China,
dilaporkan terselamat.
Kemalangan ngeri tersebut
berlaku di Huayang International Mansion di daerah Heping, Shenyang, pada 15
Julai lalu.
Kesemua 12 mangsa yang
terlibat dipindahkan ke hospital tempatan manakala lima daripada mereka yang
mengalami kecederaan teruk masih menerima rawatan lanjut.
Media tempatan melaporkan
majoriti daripada mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang serta
keretakan pada kaki.
Seorang lelaki berusia 23
tahun terseliuh di bahagian leher manakal seorang wanita berusia 32 tahun lumpuh
di bahagian kakinya.
Menurut salah seorang
mangsa, lif terbabit pada mulanya terhuyung-hayang sebelum mengeluarkan percikan
api seterusnya melurut jatuh dari tingkat 12.
Lif yang sudah beroperasi
selama 15 tahun itu kini ditutup untuk siasatan. Terdapat sumber menyatakan
kejadian seperti kerosakan serta jatuh secara tiba-tiba sememangnya pernah
berlaku sebelum ini.


Sumber
0 Response to "Lif Jatuh Dari Tingkat 12 Di China, Kesemua Mangsa Selamat"
Catat Ulasan