
LUPAKAN tatu berdakwat!
Sekarang ini orang Barat mempunyai kegilaan mereka yang terbaharu iaitu
‘membakar’ kulit atau sunburn kulit dalam usaha untuk memperolehi corak
unik di tubuh badan mereka.
Walaupun kelihatan unik dan
menarik namun menurut pakar kesihatan kulit trend ini tidak sihat malah boleh
mendatangkan risiko kanser kulit di kalangan pengikutnya.
Trend
seni sunburn ini mula mendapat sambutan selepas
hashtag #sunburnart mula dipopularkan di laman-laman sosial seperti
Twitter dan Instagram.
Tubuh badan mereka
dijadikan sebagai kanvas untuk diletakkan corak atau lukisan yang diingini
mereka dan kemudian mereka akan berjemur selama berjam-jam di bawah terik cahaya
matahari dan mesin tan kulit bagi tujuan itu.
Selepas itu, badan mereka
akan bertukar ‘artistik’ dengan terbentuknya corak unik seperti yang
dihajati.
Menurut Persatuan Kanser
Kulit Sedunia, trend itu adalah sesuatu yang sangat tidak baik untuk
ditiru dan diaplikasikan memandangkan risiko yang bakal dihadapi mereka adalah
sangat merbahaya.
“Kami setegas-tegasnya
menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti sunburn apa
lagi sunburn art. Ianya bukan hanya menyakitkan malah banyak risiko
lain yang bakal dihidapi sekiranya perkara itu tidak dibendung.
“Sunburn berisiko
melenyapkan DNA kulit, meningkatkan kadar penuaan dengan lebih cepat dan
berkemungkinan besar anda berisiko menghidap kanser kulit.
“Menerusi kajian, remaja
merupakan golongan yang paling berisiko menghidap kanser kulit,” kata wakil
jurucakap persatuan tersebut.
Aktor popular Hollywood Vin
Diesel di antara selebriti yang turut mempromosikan sunburn art di
laman Twitter baru-baru ini apabila memuat naik gambar sunburn art yang
disifatkan satu perkara yang cukup in dan glamor pada masa
kini.
Sumber
0 Response to "Trend ‘Bakar’ Kulit Dengan Corak Unik Berisiko Dapat Kanser Kulit"
Catat Ulasan