Apa yang
mereka alami amat perit untuk di terima namun mungkin disebabkan kesilapan diri
mereka sendiri berlaku perkara seperti ini .
Dua
wanita yang mempunyai hubungan ‘istimewa’ mengalami kecederaan di muka dan
sebahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tak dikenali baru-baru
ini.
Kejadian
dikongsikan sendiri mangsa di akaun Instagram miliknya beserta gambar
menunjukkan wajah mereka yang menerima kesan gara-gara perbuatan
ini.
Menggunakan
akaun ‘Niddanish’ salah seorangnya yang digelar Nid berkata, mereka tidak
mempunyai musuh, tidak bergaul dan lebih suka duduk di rumah sahaja jadi mereka
percaya pelakunya adalah orang yang dengki.
Nid turut
berkongsi perasaan sakit dan sedih yang dialaminya gara-gara susulan insiden
ini menerusi kapsyen berbunyi:
“Salam
kekawan harini da masuk 5 hari aku dekat HKL. Aku takut aku sakit aku sedih
tengok diri aku sekarang. Semua orang cakap muka aku lain. Setiap hari aku
menatap depan cermin harus aku mengalir air mata hanya tuhan saja yang tahu apa
aku rasa. Aku takut hari selasa ni aku kena operate muka sedangkan operate
tangan pun aku sakit apalagi bagian muka. Kenapa takda cara lain untuk sembuh?
Aku takut. Aku cakap dengan mak aku nak balik, nak muka aku mak aku cakap
bersabar dan dia menagis. Ya Allah kau saja tahu betapa sakitnya kami alami
tolong ringankan beban kami. Amin. Hi bie walau macam mana pun saya tetap
sebelah awak.”
Nid yang
sering berkongsi gambarnya dan pasangan di Instagram sejak sebelum kejadian ini
lagi turut memaklumkan, kes tersebut sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa
dan siasatan sedang dilakukan.
Bagi kami
individu yang menyimbah asid kepada pasangan ini sememangnya tidak berhati
perut, mesti ditangkap dan dihukum mengikut undang-undang.
Begitu
pun pada masa sama, mana-mana penganut agama Islam harus sedar dan saling
menyedarkan satu sama lain bahawa hubungan sesama jenis dilarang dan dilaknat
Allah Taala jika dilakukan. – MNH
0 Response to "(5 Gambar) Ini Mungkin Balasan Akibat Hubungan Songsang Mereka - Nids"
Catat Ulasan